Gout adalah
sejenis penyakit akibat asid urik berlebihan di dalam badan.
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan
dalam badan dan asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan. Asid
urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada
sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Pemendapan asid urik
ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang
mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang
daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah
pinggang.
Ketidakseimbangan pada
asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya
dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang
serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.
Penyakit gout merupakan
penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun
perempuan yang sudah melalui putus haid
ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.
No comments:
Post a Comment