Monday, April 13, 2015

DELIMA MAKANAN SUNNAH

DELIMA MAKANAN SUNNAH



Delima atau Punica granatum  ialah sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter yang berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
Ia turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah. Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.




No comments:

Post a Comment