Tips Diet Seimbang
1.
Banyakkan makan buah-buahan.
Diantaranya
ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik.
Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan memakan kekacang.
Kacang pea,
kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan
beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan
protein tumbuhan yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang
soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah
sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan
dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang
11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh
dan wap daripada paru-paru.. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air
setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan,
sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
· Memilih
makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
· Menggunakan
minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
· Mengurangkan
penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
· Memilih
daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
· Menghadkan
penggunaan lemak (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
No comments:
Post a Comment